Monday 11 February 2013

aku jatuh~

Assalamualaikum,,sahabat..


     JATUH KUDA ?? mereka yang berminat dengan sang kuda pastinya memikirkan perkataan ini didalam benak nya . kan ? sudah menjadi adat sesuatu permainan . setiap permainan pasti didampingi risiko . namun , jangan cepat mengalah kerana semakin banyak kita tercedera ataupun jatuh .ia boleh menaikkan semangat bagi jatuh kali yang seterusnya . contoh :



ni admin jatuh mase naik kuda name MIRA...kluar jer konfem blari..

Sekian,,Assalamualaikum..

Wednesday 19 December 2012

Risiko ~ Sang Rider

ASSALAMUALAIKUM,,sahabat..

" tahu dokk ,, menunggang kuda 30 kali ganda lebih berisiko berbanding menunggang motosikal"

~SEKIAN

Eerr,, Riding The Horse?

ASSALAMUALAIKUM,,,sahabat..

        Bulan berganti bulan , tahun berganti tahun , dekad berganti dekad , abad berganti abad . . .
Sang Kuda terus menjadi kegilaan makhluk bergelar manusia . dari yang murah hingga yang mahal . dari yang kecil hingga yang besar . menjadi tunggangan sang manusia . apa gunanya jikalau kuda berharga juta tetapi sang rider tidak berharga ? rider koya , mengelamun dan gila tanpa tujuan . tidak tahu tentang kuda tapi hanya naiki sahaja .

         RIDER ,, mereka manusia terpilih . hanya manusia berani jer yang dapat menunggang sang kuda . kalau nak tahu ,, riding kuda 30 kali ganda lebih merbahaya daripada menunggang motosikal .

horse riding

           kenapa manusia terpilih ? jawapan nya ialah manusia akan rasa gerun apabila melihat kuda berlari dengan laju seperti canter dan gallop . tetapi jika seseorang itu amat menyukai kuda mereka akan rasakan bahawa mereka akan cuba untuk melakukan perkara tersebut . Wanita biasanya takut dan geli akan kuda tetapi kanak-kanak akan berasa gembira jika memegang kuda apatah lagi menaikinya . tetapi kanak-kanak yang masih tidak faham akan istimewa nya kuda akan berasa takut . 

~salah seorang penakut itu adalah :

penakut yang tiada tandingan .. si amin ( toyol )

         Sifat seorangeorang penakut seperti budak dalam gambar diatas dapat dihalang melauli pelbagai cara seperti nasihat , latihan harian dan paksaan . Paksaan yang dilakukan tidak terlalu agresif dan membahayakan . jadi lah seorang yang berani .~

Be a brave person...bro..

~SEKIAN

Anggota Sang Kuda~

ASSALAMUALAIKUM,,sahabat..

          KUDA atau EQUINE mempunyai bentuk badan yang hebat dan menarik . anggota badan nya mempunyai pelbagai fungsi dan mempunyai nama-nama yang tersendiri . Daya ingatan yang kuat haruslah wujud bagi semua penunggang(rider) dan penjaga kuda bagi menghafal dan mengingat nama-nama anggota badan dan pelbagai barangan yang berkaitan dengan kuda .


gambar berkenaan badan sang kuda :

pics 1

pics 2

pics 3

tetapi warga pembela kampung hanya menggunakan nama biasa yang terdapat pada badan manusia seperti kepala , kuku , hidung dan sebagainya . seorang penggemar kuda pastinya berusaha bagi menghafal semua yang berkaitan dengan sang kuda walaupun ianya susah disebut dan panjang lebar .

SEKIAN~



Grooming ~ pembersihan sang kuda

ASSALAMUALAIKUM,,sahabat...

          GROOMING ??? tahukah anda bahawa kuda amat memerlukan satu penjagaan yang rapi dan terurus ? grooming merupakan satu aktiviti yang dilakukan keatas badan kuda . aktiviti ini berkesan bagi penjagaan bulu dan kulit sang kuda . grooming akan membuang segala bahan-bahan yang terlekat di badan sang kuda selepas berguling seperti najis , habuk kayu , dan sisa rumput . grooming juga turut termasuk dalam aktiviti mandian kuda .

contoh kuda yang kotor :


             Cara mandian kuda amat senang dilakukan . ianya hanya memakan masa hampir 20 minit jika dilakukan dengan betul dan teratur . mandian kuda selalunya dilakukan pada hari yang cerah dan kering . bulu yang basah haruslah dikeringkan dengan segera bagi mengelakkan jangkitan kuman pada tempat lembab dan mengakibatkan penyakit seperti kurap dan kudis . sahabat harus mengelakkan daripada air memasuki telinga sang kuda kerana boleh menyebabkan kuda hilang tupuan akibat air yang ada di dalam telinga . mandian kuda biasanya dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu .

kuda yang dimandikan

          pengunaan barangan bagi pembersihan kuda haruslah bersesuaian dengan aktiviti tersebut . penggunaan barangan yang salah akan merisikokan sang kuda .

barangan grooming , mandian dan pembersihan sepeti berikut :

*gambar x jelas

brush yang digunakan bagi ' GROOMING '


brush ' MANDIAN '

wiper
-menyah air daripada bulu kuda

cara-cara memandikan dan ' grooming ' akan datang!!

~SEKIAN


Thoroughbred ~sang belimo

ASSALAMUALAIKUM,,,sahabat...

       THOROUGHBRED adalah satu baka yang terkenal kerana digunakan dalam pelbagai aktiviti berkuda . kuda Thoroughbred dianggap sebagai kuda yang ' berdarah panas ' disebabkan ketahanan , kelajuan serta semangat yang ada pada kuda tersebut .

THOROUGHBRED

       THOROUGHBRED atau BELIMO yang terkenal pada masa kini pertama kali dibiakkan pada kurunke-17 dan kurun ke-18 apabila kuda betina di kacukkan dengan kuda arab jantan(pure) yang diimport . kuda thoroghbred moden boleh dikesan melalui salasilah kepada 3 ekor kuda jantan yang diimport ke ENGLAND , 74 ekor kuda betina dari inggeris dan timur(arab, turkoman dan barb) .

        Tambahan pula , Thoroughbred banyak digunakan dalam perlumbaan(racing) , ia juga turut diguna dalam pelbagai aktiviti berkuda seperti lompatan(jumping) , dressage , polo , memburu dan kuda lasak(endurance) . masa kini, baka ini biasanya dikacuk dengan baka lain untuk menghasilkan baka baru atau sedia ada . pelbagai baka baru yang terhasil daripada kuda ini seperti kuda suku , standardbred , arab-inggeris ,dan baka berdarah panas yang lain .

SEKIAN~kisah sang belimo...

Tuesday 18 December 2012

Jenis Sang Kuda..

ASSALAMUALAIKUM ..

   SAHABAT,,kuda mempunyai pelbagai jenis dan baka . pelbagai jenis kuda yang semakin giat berkembang di pelosok bumi ini termasuk negara kita iaitu MALAYSIA . kuda telah menjadi salah satu hobi yang semakin menggila di dunia . bermula daripada kuda yang kecil hingga kuda yang terbesar . kenali jenis-jenis kuda yang ada di dunia ini.

jenis-jenis kuda :

kuda arab

- kuda paling lasak
-kuda termahal

thoroughbred 

-kuda paling laju
-orang Malaysia panggil belimo

kuda padi

-only in Malaysia

kuda Pony

-kuda padi punya adik-beradik
-kuda oversea

kuda siam

-kuda yang berasal dari tanah siam

standardbred

-baka kuda seperti  thoroughbred

clydasdale

-kuda terbesar di dunia

pancheron

-baka kuda clydasdale

kuda pinto

-kuda yang ada warna campuran

miniature

-kuda terkecil di dunia

kuda belang

-mempunyai corak belang dan liar

zebroid

-hasil pembakaan zebra(kuda belang) dan kuda biasa

keldai

-turut termasuk dalam kelurga equin

  sahabat,,setakat ini jah saya dapat kenalkan..
SEKIAN~