Wednesday 19 December 2012

Grooming ~ pembersihan sang kuda

ASSALAMUALAIKUM,,sahabat...

          GROOMING ??? tahukah anda bahawa kuda amat memerlukan satu penjagaan yang rapi dan terurus ? grooming merupakan satu aktiviti yang dilakukan keatas badan kuda . aktiviti ini berkesan bagi penjagaan bulu dan kulit sang kuda . grooming akan membuang segala bahan-bahan yang terlekat di badan sang kuda selepas berguling seperti najis , habuk kayu , dan sisa rumput . grooming juga turut termasuk dalam aktiviti mandian kuda .

contoh kuda yang kotor :


             Cara mandian kuda amat senang dilakukan . ianya hanya memakan masa hampir 20 minit jika dilakukan dengan betul dan teratur . mandian kuda selalunya dilakukan pada hari yang cerah dan kering . bulu yang basah haruslah dikeringkan dengan segera bagi mengelakkan jangkitan kuman pada tempat lembab dan mengakibatkan penyakit seperti kurap dan kudis . sahabat harus mengelakkan daripada air memasuki telinga sang kuda kerana boleh menyebabkan kuda hilang tupuan akibat air yang ada di dalam telinga . mandian kuda biasanya dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu .

kuda yang dimandikan

          pengunaan barangan bagi pembersihan kuda haruslah bersesuaian dengan aktiviti tersebut . penggunaan barangan yang salah akan merisikokan sang kuda .

barangan grooming , mandian dan pembersihan sepeti berikut :

*gambar x jelas

brush yang digunakan bagi ' GROOMING '


brush ' MANDIAN '

wiper
-menyah air daripada bulu kuda

cara-cara memandikan dan ' grooming ' akan datang!!

~SEKIAN


No comments:

Post a Comment