Wednesday 19 December 2012

Thoroughbred ~sang belimo

ASSALAMUALAIKUM,,,sahabat...

       THOROUGHBRED adalah satu baka yang terkenal kerana digunakan dalam pelbagai aktiviti berkuda . kuda Thoroughbred dianggap sebagai kuda yang ' berdarah panas ' disebabkan ketahanan , kelajuan serta semangat yang ada pada kuda tersebut .

THOROUGHBRED

       THOROUGHBRED atau BELIMO yang terkenal pada masa kini pertama kali dibiakkan pada kurunke-17 dan kurun ke-18 apabila kuda betina di kacukkan dengan kuda arab jantan(pure) yang diimport . kuda thoroghbred moden boleh dikesan melalui salasilah kepada 3 ekor kuda jantan yang diimport ke ENGLAND , 74 ekor kuda betina dari inggeris dan timur(arab, turkoman dan barb) .

        Tambahan pula , Thoroughbred banyak digunakan dalam perlumbaan(racing) , ia juga turut diguna dalam pelbagai aktiviti berkuda seperti lompatan(jumping) , dressage , polo , memburu dan kuda lasak(endurance) . masa kini, baka ini biasanya dikacuk dengan baka lain untuk menghasilkan baka baru atau sedia ada . pelbagai baka baru yang terhasil daripada kuda ini seperti kuda suku , standardbred , arab-inggeris ,dan baka berdarah panas yang lain .

SEKIAN~kisah sang belimo...

1 comment:

  1. Salam... Teringin nak memelihara dan memiliki kuda.. Boleh wasap saya ke 0194663377..
    Tkasih

    ReplyDelete